Dewan perwakilan Amerika Syarikat sebulat suara menyokong resolusi yang mengutuk pencerobohan belon pengintip China ke ruang udara negara itu minggu lalu sebagai "satu pencabulan kedaulatan Amerika Syarikat."
Dewan perwakilan mengundi 419 berbalas sifar untuk resolusi itu iaitu lima hari selepas tentera udara Amerika Syarikat menembak jatuh peranti itu di atas Lautan Atlantik.